Usahawan Kami

Dengan bangganya kami mengetengahkan usahawan-usahawan dari keturunan nenek moyang kita di halaman ini.

Perniagaan mereka merangkumi pelbagai industri dan kami percaya ia akan memudahkan orang kampung kita mendapatkan produk dan perkhidmatan dari variasi yang tersedia. Alhamdulillah, usahawan-usahawan kita telah mencapai kejayaan dengan kerja keras mereka, dan sama-sama lah kita memberi sokongan kepada mereka. Untuk mendapatkan lebih lagi maklumat tentang produk dan perkhidmatan mereka, silalah “klik” pada gambar untuk produk dan perkhidmatan yang anda minati.

Penafian

Objektif kami adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada usahawan-usahawan kita dan menjadi jejambat diantara mereka dan orang kampung kita. Segala urus niaga dengan perniagaan ini mengikut budi bicara anda. Insya Allah, segala yang dimaksudkan dengan baik, berakhir dengan baik.

Maklumat perniagaan di halaman ini diberikan oleh, atau dengan persetujuan, usahawan-usahawan sendiri. Balik Kampung @ Bussorah Street tidak mewakili perniagaan ini dan kami tidak menjana keuntungan dalam apa segi, cara dan bentuk, termasuk untuk menyediakan ruangan di platform ini.