Mengenai Kami
Balik Kampung @ Bussorah Street di tubuhkan oleh Encik Rosman Sahlan atau “TP” (Tuan Pengerusi). TP adalah panggilan mesra untuk Encik Rosman oleh ahli-ahli jawatankuasa pertubuhan ini. Balik Kampung @ Bussorah Street, atau nama ringkasnya Balik Kampung, telah di tubuhkan pada tahun 2016. Ia bermula dengan Encik Rosman, bekas penduduk kampung Bussorah Street, menerajui acara Perjumpaan Hari Raya untuk bekas penduduk-penduduk kampung yang pernah tinggal di kawasan Kampong Glam, Singapura. Dengan kerjasama beberapa sukarelawan yang juga dari kampung, acara itu berjaya menarik lebih 500 bekas penduduk-penduduk kampung melapisi empat generasi. Hari ini para ahli sukarelawan yang sama itu juga telah menjadi anggota-anggota jawatankuasa Balik Kampung yang berdedikasi. Semenjak penubuhan jawatankuasa ini, Balik Kampung telah menganjurkan beberapa lagi acara. Ia termasuk memperkenalkan makanan-makanan unik orang kampung, mengumpul dan memberi penghargaan kepada Warga Perintis bekas penduduk-penduduk kampung, serta memberi kerjasama bagi inisiatif-inisiatif berkaitan dengan kampung bersama sesetengah agensi-agensi. Dalam masa terdekat, Balik Kampung akan mengumumkan beberapa inisiatif yang bertujuan mempereratkan lagi silaturrahim bekas penduduk-penduduk kampung.

Hero-hero kampung bersembang – mereka membesar bersama di Kampung Kita
Kampung Kita – Sebab Balik Kampung @ Bussorah Street di tubuhkan
Orang kampung yang kerap di sebutkan dalam lelaman ini terdiri daripada penduduk-penduduk yang pernah tinggal di kawasan Kampung Glam. Kawasan ini termasuk Pahang Street, Baghdad Street, Bussorah Street, Kandahar Street dan Sultan Gate. Daerah jalan-jalan yang disebutkan itu lebih di senangi dengan panggilan Kampung Dalam (Pahang St), Kampung Intan (Baghdad St), Kampung Khaji (Bussorah St berdekatan Masjid Sultan), Kampung Tembaga (Bussorah St berdekatan Beach Road) dan Pondok Jawa oleh orang kampung. Nama mesra bagi kampung-kampung ini adalah "kampung kita" bagi penduduk-peduduk di situ. Sehingga ke hari ini, bekas penduduk-penduduk kampung dengan selambanya akan menyampuk itu "kampung kita" jika ada sesiapa yang membuka cerita mengenai kawasan tersebut. Lebih menggelikan hati ialah apabila mereka akan berkata, kepada sesiapa sahaja yang sanggup mendengar, bahawa Masjid Sultan yang bersejarah di kawasan itu ada lah masjid kita. Ibarat kata, semua di kawasan situ kita punya!
Pada awal sembilan-puluhan apabila pihak kerajaan mengambil alih kawasan kampung kita untuk tujuan pembaharuan, maka berpindahlah penduduk-penduduk terakhir kampung kita dari situ. Kebanyakan mereka telah berpindah ke flat-flat HDB. Hingga ke hari ini, bekas penduduk dan sahabat lama masih lagi menziarahi kampung kita walaupun dalam suasana yang berbeza. Rumah-rumah kita (itu “masih” lagi rumah-rumah “kita”) mungkin telah di gantikan dengan kedai-kedai dan restoran-restoran canggih tetapi, semangat perkampungan dan silaturrahim orang kampung masih lagi kuat apabila mereka turun padang untuk menikmati teh-tarik Bai atau nasi padang Pariaman dan Rumah Makan Minang yang masih lagi berjaja di kampung kita. Oh ya, sememangnya pemiliki-pemilik kedai asli teh tarik “power” dan nasi padang “power” tu ... itu orang kita - orang putih kata our people!
Dengan matlamat mengeratkan lagi semangat dan keakraban orang kampung kita melalui pelbagai platform dan inisiatif, maka tertubuhlah Balik Kampung @ Bussorah Street.

Objectif
Balik Kampung ada beberapa objektif.
Matlamat utama ia lah untuk mengeratkan lagi silaturrahim penduduk-penduduk kampung dan merapatkan jurang generasi. Kami percaya generasi muda dan generasi akan datang yang merupakan cucu-cucu dan cicit-cicit orang-orang lama kampung kita, dan tidak berpeluang untuk mengenali dan mengharumi kehidupan di zaman kampung, boleh mendapat manfaat daripada nilai-nilai dan tradisi orang kampung kita yang boleh kami bantu ketengahkan, InshaAllah.
Memperkenalkan makanan istimewa yang unik dari kampung kepada generasi muda dan menegakkan keaslian resipi nenek moyang kami juga penting bagi kami. Rancangan kami adalah untuk menerbitkan buku resipi yang mengandungi resipi unik penduduk kampung kami. Kami akan berusaha untuk menyediakan sejarah resepi dan keluarga-keluarga yang memulakan atau memperkenalkan resepi itu kepada penduduk-penduduk kampung. Ia adalah salah satu inisiatif yang agak mencabar yang sedang kami usahakan. Ianya masih di peringkat awal. Mencabar kerana ahli-ahli jawatankuasa semua adalah sukarelawan dan mempunyai kerja sepenuh masa maka usaha kami mungkin memakan masa. Walau bagaimana pun akan kami usahakan juga membukukan resepi nenek-moyang kami, InshaAllah.
Kami juga akan terus memberi penghargaan kepada warga perintis dan nenek moyang kita, sama ada yang masih lagi dengan kami atau pun yang telah kembali ke hadhirat Ilahi. Dalam Kenangan adalah penghargaan kami di dalam lelaman ini kepada mereka yang telah meninggalkan kami. Halaman Warga Perintis dalam lelaman ini pula adalah suatu dedikasi untuk orang-orang lama yang kami hargai dan sayangi. Apalah kita semua tanpa mereka? Kami sangat berterima kasih kepada warga perintis kerana memberi peluang kepada kami merakamkan kenangan lampau semasa di kampung kita. Kami terharu dengan luahan harapan mereka untuk generasi muda dan generasi akan datang dari kampung kita. Untuk tatapan, bolehlah kita semua melangsuri halaman Warga Perintis di lelaman ini.

