Aktiviti Kami
Matlamat utama kami ia lah untuk mengeratkan lagi silaturrahim penduduk-penduduk kampung dan merapatkan jurang generasi. Kami percaya generasi muda dan generasi akan datang yang merupakan cucu-cucu dan cicit-cicit orang-orang lama kampung kita, dan tidak berpeluang untuk mengenali dan mengharumi kehidupan di zaman kampung, boleh mendapat manfaat daripada nilai-nilai dan tradisi orang kampung kita yang boleh kami bantu ketengahkan, InsyaAllah.
Berikut adalah beberapa inisiatif yang telah kami penuhi dan yang lain nya akan diusahakan untuk mencapai matlamat kami. Untuk mengharungi kejayaan dalam inisiatif ini ia bergantung kepada sokongan orang kampung dan anak-cucu kita. Kami menjemput orang kampung untuk memberi cadangan jika ada dan juga mengharapkan sokongan orang kampung untuk menjayakan segala inisiatif kami.
Acara
Sejauh ini kami telah menganjurkan beberapa perjumpaan termasuk:
Dengan sokongan orang kampung kami akan terus berusaha untuk menganjurkan lebih banyak acara, inshaAllah.


Kelas Memasak
Satu inisiatif baru, kami akan berusaha untuk menganjurkan kelas memasak yang memberi tumpuan kepada makanan yang unik dari kampung kita. Inisiatif ini masih dalam peringkat perancangan dan kami juga sedang mencari dapur atau premis yang sesuai untuk menganjurkan kelas-kelas ini. Kami akan mengumumkan agenda di Facebook setelah semua nya siap tersusun.
Kami berharap dapat menarik penyertaan dari generasi lama dan baru. Buat generasi lama kami berharap sangat dapat menampil ke hadapan untuk menjadi instruktur, atau Guru Masak. Generasi lama juga di harap dapat menyertai kelas-kelas memasak bersama anak-cucu mereka untuk menguatkan semangat silaturrahim.
Yok!! Makan Angin - Rombongan
Rombongan Orang Kampung!
Bagi orang-orang lama di kampung apabila kita pergi rombongan ke pantai Changi atau Desaru di Johor Baru, itu adalah satu kemewahan pada masa lampau.
Kami ingin mencipta semula suasana rombongan orang kampung! Apa kata kita pergi jauh sedikit dari pantai Changi? InsyaAllah akan kami usahakan, dan sila lah berikan kami cadangan atau destinasi pilihan anda. Hubungi lah kami melalui emel bkbs@balikkampungbussorahstreet.com atau, telefon/whatsapp TP (Tuan Pengerusi, Encik Rosman) di nombor talipon 9665 6145.
Sebagai permulaan kami boleh berusaha mengadakan rombongan ke Johor Bahru atau Melaka untuk jalan-jalan cari makan! Boleh la kita kumpulkan orang lama dan orang baru. Kami juga boleh menganjurkan rombong ke Turki, Bhutan, Rusia, Sepanyol, Oman… dan… UMRAH bersama-sama

Penerbitan Buku Resepi
Ini sedang dalam perancangan. Tumpuannya adalah untuk menyusun seberapa banyak resepi dari kampung dan menggali sejarah kewujudannya, dan keluarga yang memulakan setiap resipi. Ia mungkin mengambil masa yang lama sedikit tetapi kami akan berusaha untuk mengekalkan keunikan dan keaslian makanan kampung kita. Semuga ia memberi manfaat untuk generasi akan datang. Kami berharap juga generasi muda dan akan datang akan menjadi ‘advokat’ (penyokong setia) dalam memelihara resepi nenek-moyang kita.

Maklumbalas
Sekiranya anda mempunyai cadangan bagi aktiviti kami, hantarkan emel kepada kami